[Mode : Somewhere Over The Rainbow...]
Hai guys...what's up..? Macam mana kehidupan korang? Ok...? Rite...Typical Plu dan dunia Fairy Tales memang berpisah tiada bak kata pepatah...sape yang tak impikan kehidupan dan percintaan yang seperti Fairy Tales...happily ever after...kan...
So in my post today mari kita berangan-angan ala Fairy Tales and put this fairy tales story in our dreaming life...bole...? So here Amir create fairy tales yang Amir rojakkan sana sini...bersesuaian dengan PLU fairy tales punya tema...and jangan judgmental sangat dengan gaya penulisan Amir...coz Amir nie budak Science not a literature student k...So Amir harap korang enjoy reading it's First Chapter ok...;-P
My Cover...The PLU Fairy Tales Begin... |
Dan ini watak-watak dalam PLU Fairy Tales nie, which Amir akan update dari semasa ke semasa k...
- Snow White / Prince Edward
- Evil King / Evil Witch / King Alexander
- Prince Charming / Prince David
- The Knight Of Valiant / Sir Lancelot
- Queen Ariana / Ibu Snow White
- Rainbow Fairy / Heliconia
So let's start with our PLU fairy tales story...Once Upon A Time in A Land Far-Far Away...There Live....
Chapter 1 - Snow White and The Evil King
Disebuah negara bernama Enchanted Forest, tinggal seorang putera bernama Putera Edward yang digelar Snow White kerana baginda sangat tampan dari kecil lagi. Mukanya yang putih umpama salji itu menyebabkan diri putera tersebut menjadi bualan rakyat jelata. Namun begitu, sejak kecil lagi ayah Snow White telah pun pergi meninggalkan dirinya. Oleh kerana takhta kerajaan ayahnya telah kosong, ibunya terpaksa mengahwini seseorang Raja yang tampan dari negara Wonderland untuk memerintah kerajaan tersebut sebelum Snow White mewarisi takhta ayahnya. Ayah tirinya King Alexander (Evil King / Evil Witch) seorang yang kejam dan bercita-cita untuk merampas kerajaan tersebut dari Snow White dan King Alexander juga mencemburui ketampanan Snow White.
Ibu Snow White, Queen Ariana sejak mengahwini ayah tirinya telah mengalami sakit misteri disebabkan sumpahan King Alexander. Queen Ariana telah disumpah dengan penyakit tidur dan hanya terjaga setahun sekali sahaja. Disebabkan sumpahan tersebut, Queen Ariana tidak mampu lagi untuk melindungi Snow White. Snow White telah didera oleh ayah tirinya King Alexander, dengan melakukan pelbagai kerja-kerja di istana. Walaupun mendapat simpati petugas-petugas di istana namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana takutkan Evil King. Walaubagaimanapun, Snow White yang mempunyai hati yang putih seperti gelarannya tidak pernah rasa sedih dengan nasibnya kerana dia sangat percaya bahawa suatu hari nanti dia akan temui kebahagiaan yang sering diimpikannya.
Di istana tersebut terdapat seorang perwira bernama Sir Lancelot juga digelar sebagai The Knight Of Valiant yang menyukai Snow White dalam diam. Sir Lancelot yang tiga tahun tua dari Snow White, selalu membantunya jika dalam kesusahan. Sir Lancelot lah yang selalu membawa makanan dan minuman kepada Snow White ketika King Alexander mengurung dan mendera Snow White didalam istana. Ketika Sir Lancelot masih kecil, ayah snow white yang telah meninggal dunia itu telah pun mengambil Lancelot sebagai salah seorang pahlawan istana setelah menjumpai Lancelot yang keseorangan melawan musuh dan dalam keadaan cedera akibat peperangan. Disebabkan keberanian dan kehebatan Lancelot melawan musuh negara, ayah Snow White telah melantik Lancelot sebagai The Knight Of Valiant dan diberi gelaran Sir.
Evil King Alexander juga seorang ahli sihir jahat yang mempunyai sebuah cermin ajaib untuk melihat ketampanannya dan berbangga-bangga dengannya. Evil King selalu menyeru cermin ajaibnya, "Wahai cermin ajaib, siapakah yang paling tampan dinegara ini?" "Tuanku lah yang paling tampan sekali." Sehingga lah pada suatu hari ketika Snow White berumur 18 tahun, Evil King seperti biasa bertanya kepada cermin ajaib, "Siapakah yang paling tampan di negara ini?" "Tuanku bukan lagi yang paling tampan." King Alexander dengan marahnya bertanya, "Jadi siapakah yang paling tampan?" "Snow White lah yang paling tampan sekali." Dengan jawapan cermin ajaib itu, King Alexander yang merasakan dirinya yang paling tampan dan marvelous di negara itu telah merancang untuk membunuh dan menghancurkan Snow White dengan apa cara sekali pun.
My Prince Charming...Prince David... |
Sementara itu di negara jiran Enchanted Forest, Crystal Fortress, terdapat seorang putera yang telah terdengar tentang kemasyuran dan ketampanan Snow White. Merasakan bahawa beliau perlu melihat sendiri ketampanan Snow White, Prince David juga dikenali sebagai Prince Chaming memulakan perjalanan mencari cinta sejatinya itu ke Enchanted Forest. Di Istana Enchanted Forest, Evil King Alexander telah memanggil Sir Lancelot. "Patik menghadap Tuanku." "Apakah yang patik boleh lakukan untuk Tuanku?" kata Sir Lancelot. "Beta mahu kamu membawa seseorang pesalah ke dalam hutan dan membunuhnya." Terkejut dengan perintah King Alexander tersebut lantas Sir Lancelot menanyakan, "Siapa yang patik perlu bunuh Tuanku?" "Itu tak perlu kamu tahu!" "Laksanakan sahaja perintah beta." "Baiklah Tuanku," jawab Sir Lancelot yang dalam seribu persoalan dan kegusaran.
Kedengaran dari jauh hentakan kaki kuda menandakan Prince David telah pun sampai di Enchanted Forest. Tanpa berlengah, Prince Charming itu pun menanyakan tentang Snow White kepada penduduk kampung. Apakah sifat-sifat keperibadian Snow White, bagaimanakah rupa parasnya. Setelah mendapat gambaran yang jelas tentang keperibadian Sow White, Prince Charming pun mula bergerak ke istana Enchanted Forest. Dalam hatinya terfikir, "apakah yang akan aku lakukan jika bertemu Snow White nanti? Adakah dia akan menyukai aku? Atau perlukah aku terus menyapanya?" Seribu persoalan bermain didalam pemikiran Prince David. "Ah, lupakan semua ini. Balik sahaja ke Crystal Fortress. Belum tentu lagi kau akan bertemu dengan Snow White. Lagipun, benarkah rupa paras Snow White itu sangat tampan?" bisik hati kecilnya yang jahat. "Bukankah aku mencari seseorang yang boleh menjadi peneman hidupku? Bukankah aku inginkan cinta sejati? Jadi apa masalahnya jika Snow White itu indah khabar dari rupa. Bukankah aku telah mendengar tadi dari rakyat Enchanted Forest bahawa Snow White mempunyai hati yang mulia. Itu yang aku cari. Dan aku tak akan berputus asa!" bentak Prince David. Lantas Prince Charming itu pun mengambil keputusan untuk berehat sebentar di hujung hutan tersebut.
Di atas arahan King Alexander, Sir Lancelot pun membawa pesalah yang akan dihukumnya ke dalam hutan tanpa diketahuinya bahawa itu adalah Snow White kerana King Alexander telah memakaikan topeng dan mengikat mulut Snow White. Sir Lancelot juga telah diberikan arahan untuk tidak membuka topeng dan ikatan pesalah tersebut. Namun sikap ingin tahunya membuak-buak. Ketika sampai didalam hutan, Sir lancelot lantas membuka topeng dan ikatan pesalah tersebut dan sangat terkejut dengan apa yang dilihatnya. "Snow White! Kenapa jadi begini?" soal Sir Lancelot. "Ayah ingin membunuh saya. Saya tak pasti kenapa. Tolong lepaskan saya." jerit Snow White. Oleh kerana sifat cintanya kepada Snow White, Sir Lancelot telah pun membebaskan Snow White dari ikatannya.
"Terima kasih kerana membebaskan saya, Sir Lancelot." ucap Snow White. "Maafkan saya Tuan Putera. Saya tidak tahu bahawasanya, yang akan saya bunuh adalah Tuan Putera. Jika saya tahu dari awal..." gusar Sir Lancelot. "Tidak mengapalah. Kamu hanya menjalankan tugas kamu Sir Lancelot." "Tuan Putera, adalah lebih baik jika sekiranya Tuan Putera dapat pergi jauh dari sini. Ayahanda Tuan Putera pasti akan cuba mengapa-ngapakan Tuan Putera lagi jika baginda dapat tahu yang saya tidak membunuh Tuan Putera," cadang Sir Lancelot. "Saya ingin lari dari The Enchanted Forest ni, tapi saya risaukan bonda saya." "Tuan Putera jangan lah risau. Saya sebagai The Knight Of Valiant, berjanji akan menjaga keselamatan bonda Tuan Putera," janji Sir Lancelot. "Baiklah. Saya mengharapkan sepenuhnya pada kamu Lancelot," Snow White menjerit sambil berlari meninggalkan Sir Lancelot. "Tuan Putera...saya sukakan Tu...jaga diri Tuan Putera..." bisik Sir Lancelot yang tidak sempat untuk meluahkan rasa cintanya pada Snow White.
Snow White berlari terus ke hujung hutan dan secara tiba-tiba bertembung dengan Prince David yang sedang beristirehat diatas batu. Menyedari kehadiran lelaki yang tidak dikenalinya, Snow White lantas menyorok disebalik pohon yang rimbun. Snow White yang ingin melarikan diri dari lelaki misteri tersebut telah terpijak dahan kayu yang patah lantas segera ingin beredar dari situ. "Siapa?" jerit Prince David lantas mengeluarkan pedangnya dan terpandang Snow White yang cuba untuk melarikan diri. Serentak dengan itu, Prince David tersentak dengan ketampanan lelaki yang berada dihadapannya. "Ma...maafkan saya...saya tak berniat untuk menakutkan kamu. Boleh saya tahu siapa kamu dan apa kamu buat disini?" soal Prince David. "Saya Edward." "Edward..? Adakah kamu Prince Edward dari Enchanted Forest yang digelar Snow White, bukan?" soal Prince Charming yang inginkan kepastian. "Ya. Saya." kegusaran dihati Snow White mulai hilang. "Saya telah melarikan diri dari ayah tiri saya King Alexander kerana baginda ingin membunuh saya. Saya tidak pasti mengapa...tapi...saya yakin ianya berkaitan dengan takhta kerajaan Enchanted Forest." jawab Snow White. "Malang sungguh nasibmu Snow." Prince David merasa kasihan melihat Snow White. "Sebenarnya saya telah lama mencari kamu Snow. Saya David dari Crystal Fortress." Prince Charming memperkenalkan dirinya. Dadanya berdegup kencang melihat ketampanan Snow White. Dan hatinya berbisik, "Aku yakin inilah orang yang aku cari selama ini." "Snow sudikah sekiranya Snow mengikut saya kembali ke Crystal Fortress?" soal Prince David. "Perlukah aku mengikuti lelaki ini? Bagimana dengan keselamatan diriku nanti?" bisik hati kecil Snow White. Seperti memahami apa yang difikirkan Snow White, Prince David lantas berkata, "Snow tak perlu risau dengan keselamatan Snow, saya berjanji akan melindungi Snow dengan darah dan nyawa saya. Setiap detik, setiap masa Snow." Snow White tersenyum mendengar janji Prince Charming nya. Dengan janji yang telah diberikan, Snow White lantas menaiki kuda Prince Charming dan menuju ke Crystal Fortress.
"Snow White...Kamulah yang beta cari selama ini..." luah Prince David (Prince Chaming). |
Sementara itu, di Istana Enchanted Forest King Alexander menyeru cermin ajaibnya. "Wahai cermin ajaib...siapakah yang paling tampan di negara ini?" "Snow White lah yang paling tampan." "Apa? Mana mungkin! Kan beta sudah membunuhnya. Pengawal! Panggil Lancelot," perintah King Alexander. "Patik menghadap Tuanku," sembah Sir Lancelot. "Apa yang kamu dah lakukan terhadap pesalah hari itu?" tanya King Alexander. "Ma..maksud Tuanku?" jawab Lancelot. "Adakah kamu telah membunuhnya seperti arahan beta?" King Alexander bertanya dengan penuh kemarahan. "Maafkan patik Tuanku. Pesalah tersebut dapat melarikan diri sebelum sempat patik membunuhnya." "Kenapa kamu tidak melaporkan kepada beta?! Dimana tanggungjawab kamu?" soal King Alexandar. "Sudah! Keluar kamu semua dari sini!" titah King Alexander kepada Sir Lancelot dan pengawal-pengawal Istana. "Tidak boleh diharap langsung! Semuanya perlu aku lakukan sendiri," bentak King Alexander lantas baginda pergi ke cermin ajaibnya. "Wahai cermin ajaib. Apa yang perlu beta lakukan?" "Tuanku yang anggun menawan, hantarlah Snow White jauh dari sini." "Apa maksud kamu wahai cermin sakti?" tanya King Alexander. "Tuanku boleh membuat potion dan gunakan ianya ke atas Snow White," terang cermin ajaib tersebut. "Baiklah, beta akan membuat potion tersebut." King Alexander pun mula membuat potion tersebut dan membaca jampi serapah.
King Alexander lantas mengubah dirinya menjadi seorang tua berbaju putih, berjanggut panjang dan bertongkat lantas menghilangkan dirinya ke hutan di Enchated Forest. "David, jauh lagikah perjalanan kita ini?" tanya Snow White. "Tidak jauh lagi Snow. Mengapa?" "David, Snow merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Snow risau..." Snow White menyuarakan kerisauan yang terbuku dihatinya. Tiba-tiba muncul dihadapan mereka seorang tua yang inginkan bantuan mereka."Anak, boleh tolong pakcik nak." King Alexander merapati mereka sambil mengenggam botol potion sumpahannya. "Apa yang pakcik mahu?" tanya Prince David sambil memegang tangan Snow White. "Pakcik hanya mahukan ini!" King Alexander melontarkan botol potion tersebut kepada Snow White. Melihat keadaan yang genting itu, Prince David lantas menolak Snow White ke tepi dan botol potion tersebut telah mengenainya. Secara tiba-tiba datang asap berwarna hijau berkepul-kepul menyelubungi Prince David dan kemudian Prince Charming tersebut terus hilang dari pandangan Snow White. "David...." jerit Snow White. "Hahaha...padan muka kau Edward!" Orang tua tersebut bertukar menjadi King Alexander semula dan terus hilang dari pandangan Snow White.
"Tidak...tak mungkin, David." Snow White menangis teresak-esak mengenangkan nasibnya yang malang. Satu-satunya orang yang dipercayai dan dikasihinya telah hilang dizalimi oleh King Alexander the Evil King. Snow White seperti hilang punca dan arah setelah mengalami peristiwa ini. Ketika Snow White menangis sedih, tiba-tiba dia mendengar suara bisikan halus dihujung corong telinganya. "Jangan bersedih wahai jiwa yang tenang. Aku telah melihat semuanya. Marilah aku menolong kamu mencari kekasih hatimu itu," suara halus itu memperlihatkan dirinya yang cantik dan bersinar-sinar kepada Snow White. Dalam keadaan terkejut bercampur gembira Snow White berkata, "Siapakah kamu wahai Fairy?" "Akulah yang dikenali sebagai Rainbow Fairy. Namaku Heliconia. Marilah, aku akan membantumu mencari Prince Charming mu itu." Rainbow Fairy, Heliconia pun mengeluarkan tongkat saktinya dan dari situ keluarlah Fairy Dust yang berkilau sehingga muncul sebuah pintu ditengah-tengah hutan itu. "Pintu ini dapat membawa kamu kepada orang yang kamu sayangi." Bacalah jampi ini..."
Seraya itu, pintu ajaib itu pun terbuka dan dari jauh kelihatan sebuah tempat yang indah dengan Istana besar terapung diangkasa. Snow White melangkahkan kakinya ke dalam tempat itu dan sebelum Snow White berlalu pergi, Heliconia sempat memberi pesannya. "Berhati-hatilah ditempat ini kerana banyak cabaran yang perlu kamu tempuhi untuk mencari Prince Charming kamu itu. Dan jika kamu dalam kesusahan ambil loceng sakti ini dan bunyikan lah sebanyak 3 kali. Aku akan datang membantumu." pesan Heliconia the Rainbow Fairy. "Terima kasih Heliconia. Apakah nama tempat ini?" tanya Snow White. "Inilah Magical Kingdom of Oz." Dengan itu bermulalah Snow White mencari Price David di Magical Kingdom of Oz. "David, tunggulah. Snow akan mencarimu...." bisik hati Snow White.
To Be Continued in Chapter 2 - Snow White and The Magical Kingdom of Oz.
So Amir harap korang semua enjoy reading it k....
Byeee...;-P