Monday, April 20, 2015

#2 G-Themed Movie : No Regret

Haiiiiii.....;-P


Ok...saper suker tengok Gay Themed Movie...? Angkat laki...;P eh silap...angkat kaki...




Kali nie Amir nak berkongsi sebuah cerita Korea berjudul 'No Regret'...



Seperti filem-filem Korea, filem No Regret ini memiliki jalan cerita menarik. Ianya berkisahkan tentang seorang lelaki yatim piatu, Su Min (Lee Young Hoon), yang merantau ke Seoul untuk mencari pekerjaan dan demi melanjutkan pelajarannya. Dia mencari rezeki dengan bekerja di kilang dan menjadi pelayan yang mengantar pulang orang-orang mabuk di bar. Pertemuan pertamanya dengan Jae Min (Kim Nam Gil) terjadi di bar ketika Jae Min yang tengah mabuk menggunakan khidmat Su Min untuk menghantarnya pulang. Pertemuan tersebut memberikan kesan mendalam bagi Jae Min.


Kerana terjadi sesuatu yang tidak dijangka, Su Min telah dipecat dari kilang tempatnya bekerja dan akhirnya terpaksa menjadi gigolo kepada para gay demi mendapat duit dan menyimpan untuk pelajarannya. Ternyata takdir mempertemukan lagi dirinya dengan Jae Min. Lebih tepatnya, Jae Min memang sengaja men'stalker' Su Min kerana Jae Min memang menyukai Su Min sejak dari awal pertemuan mereka. Su Min telah menolak Jae Min dengan pelbagai cara, namun Jae Min tetap mengejarnya. Hingga akhirnya Su Min mengalah.

Mereka menjalani hubungan secara diam-diam kerana Jae Min adalah anak tunggal dari keluarga yang kaya pemilik kilang tempat Su Min bekerja dahulu dan dipecat kemudiannya. Jae Min juga sudah memiliki tunang perempuan dan akan berkahwin tidak lama lagi. Konflik terjadi ketika ibu Jae Min mengetahui hubungannya dengan Su Min.




Setelah diketahui keluarganya, Jae Min mengambil jarak dan cuba mengelak dari Su Min. Su Min yang putus asa kerana sakit hati dan terasa dikhianati akhirnya merancang untuk membunuh Jae Min dan mencuri wangnya untuk digunakan membayar hutang salah seorang rakan Su Min yang tengah dikejar lintah darat. 

Apa yang selanjutnya terjadi dalam beberapa minit terakhir film ini benar-benar di luar dugaan.
 

So Amir dah Link kan filem ni kepada sesiapa yang berminat nak tgk...Enjoy....


And, If kalau link kat atas tak boleh tengok...Try this website...website ini akan ader banyak link kat situ...so you all boleh choose any of the links that been provided k...


No Regret
Byeee.....<3

7 comments:

  1. Amir ... Nu'man nie ...
    Selamat berblog kembali ..
    Have fun blogging yaaw !!

    ReplyDelete
  2. Movie ni ade eng subs tak? Korean movie biasa nya payah nak jumpa yg ade eng subs. Anyway. Keep on writing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yap Nov...ader english sub...don't worry...Amir cari yg ader sub punyer...;-P

      Delete
  3. Wahhh.. 2 post in one night.. not bad..
    selamat kembali ber-blogging.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Herr....hope Amir boleh terus ader idea for my blog...;-)

      Delete