Wednesday, March 16, 2016

#21 The Heart Wants What It Wants...

Haiiiiii....;-P


[Mode : Feel Good Inc...]


Hai guys...what's up..? Macam mana kehidupan korang? Ok...? Amir Harap mengkeme semua mempunyai kehidupan dan keceriaan sentiasa yer...sesape yang stress...tertekan...well, bersabarlah dengan ujian Tuhan...dan banyak-banyak lah berdoa agar di kurniakan ketenangan...bukan nyer aper...kita nie kekadang kat atas...dan kekadang kita di bawah...tapi ingatlah...kita tak sentiasa dibawah...so be happy and proud for yourself...

I Wonder...What My Heart Wants...
Kekadang kita nie susah nak memahami diri sendiri...dan kekadang tu kita tak paham aper yang kita nak...so...in this post...again...Amir akan kongsikan personality test...kat bawah nie ader 5 soalan...berkenaan diri anda...so jawablah dengan jujur...k...

Soalan 1 : Uji keinginan anda yang tersembunyi...

Rambut, gaya rambut dan warna rambut mewakili perasaan anda yang tersembunyi...so mari kita tukar warna rambut kita...dalam 4 warna dibawah...yang manakah menjadi pilihan anda...
  • Merah
  • Emas
  • Biru 
  • Hijau
Soalan 2 : Sejauh mana anda segan dengan si dia...

One day, anda menghidap satu penyakit yang pelik, dan dikehendaki untuk menerima rawatan di hospital...dan anda dikehendaki menerima semua rawatan dibawah...dalam banyakbanyak rawatan ini, yang mana satu rawatan yang menyebabkan anda rasa terseksa..
  1. 7 hari tidak dibenarkan makan.
  2. Dimasukkan tiub ke dalam perut anda.
  3. Disuntik dengan 30 suntikkan.
  4. Rambut dan bulu roma dicukur.
Soalan 3 : Aspek keutamaan dalam bercinta...

Kadangkala kita mengalami kesusahan dan keraguan dalam memilih cinta, pelajaran mahupun pekerjaan. Dan sebenarnya jika difikirkan secara teliti, kesemua hal tersebut dapat dibuat jika dirancang secara teliti dan sistematik. Tetapi jika anda tidak tahan dengan kerinduan pada si dia...and akan merasakan kesengsaraan percintaan...mari kita lihat keadaan anda apabila bercinta....

Esok ada peperiksaan...tetapi di TV ada menyiarkan filem yang anda ingin tonton...so apa yang akan anda lakukan...?
  1. Menonton filem itu.
  2. Merakam filem itu untuk ditonton kemudian.
  3. Sambil menonton filem, sambil mengulangkaji pelajaran.
  4. Lupakan filem itu dan terus ulangkaji pelajaran.
Soalan 4 : Uji penarik minat anda...

Ini adalah soalan yang akan menguji anda untuk menentukan anda tertarik dengan orang yang bagaimana...

Dunia ini telah dijajahi oleh makhluk asing...dan jika anda di beri pilihan untuk membawa hanya seekor binatang ini ke Planet lain...binatang apakah yang akan anda bawa...?
  • Arnab
  • Kambing
  • Rusa
  • Kuda
Soalan 5 : Uji kriteria diri sendiri...

Cuaca sangat cerah untuk anda menjalankan aktiviti riadah di luar...dan anda telah memilih hutan rimba untuk menikmati keindahan alam semulajadi...Tiba-tiba anda ternampak sebuah binaan di dalam hutan tersebut...apakah bangunan tersebut?
  • Rumah Kayu
  • Rumah Banglo
  • Istana Melayu Lama
  • Istana Barat Versi Eropah
So...dah pilih jawapan semua...? And without wasting anytime more...let's see the answers...ready guys? Here we go...

And Your Answer Are...?
Jawapan Soalan 1 :
  • Merah - anda tidak memikirkan perkara lain selain kebebasan. Anda sangat menitik beratkan perjalan hidup anda...so anda takkan biarkan hidup anda di kongkong oleh seseorang mahupun sesuatu perkara...
  • Emas - anda sukakan sesuatu yang mencabar...dan anda sukakan semuanya berada teratas dalam hidup anda...and bukan sahaja inginkan kepuasan dari segi kebendaan, tetapi anda juga inginkan kepuasan dari segi mental dan ruhani.
  • Biru - anda adalah seorang yang bersyukur dengan apa yang anda ada. Oleh itu kehidupan anda selalu ceria dan gembira. Tetapi mustahil anda tiada keinginan...cuma keinginan tersebut tidaklah sebanyak orang lain.
  • Hijau - anda adalah orang yang sangat manja. Anda inginkan diri anda disayangi, dibelai dan dikasihi. Anda inginkan orang lain menumpukan perhatian pada anda dan manjadi tumpuan ramai.
Jawapan Soalan 2 :
  1. Tahap keseganan 45% - Orang yang memilih jawapan ini adalah orang yang tidak suka dipaksa. Anda tidak perlu membuat jenaka untuk mengambil hati si dia. Namun, apabila muncul pihak ketiga, maka si dia akan membuat sedikit perubahan seperti memberi hadiah atau memberi anda kata-kata manis.
  2. Tahap keseganan 20% - Orang yang memilh jawapan ini mengharapkan suasana yang harmoni dan gembira apabila bersama si dia. Jadi anda tidak kisah membuat apa sahaja agar mengembirakan hati si dia. Anda berharap dengan cara ini, anda akan menyampaikan luahan hati anda pada si dia.
  3. Tahap keseganan 1% - Orang yang membuat pilihan ini langsung tidak mengerti soal segan dalam bercinta. Anda mementingkan keseronokkan sahaja agar hubungan anda dengan si dia sentiasa bertaut. Tapi make sure si dia tiada penyakit lemah jantung, kerana si dia pasti terkejut dengan tindakan anda pada si dia.
  4. Tahap keseganan 80% - Orang yang memilih jawapan ini sangat bermuka nipis kerana anda sangat mementingkan maruah diri. Si dia selalu menyalah anggap dengan tindakan anda. Walaupun salah anggap itu berlaku, anda tetap tidak mengambil langkah-langkah penjelasan terhadap tindakan anda pada si dia. 
Jawapan Soalan 3 : 
  1. Kategori Cinta diutamakan - Anda seorang yang memberi keutamaan kepada cinta berbanding aspek lain. Walaupun anda sibuk dengan kerja atau pelajaran anda, asalkan anda terfikir tentang si dia, maka anda akan mengenepikan semua perkara tersebut dan mencari si dia. Namun begitu, anda diingatkan supaya memberi si dia ruang agar sikap anda tidak menjengkelkan si dia.
  2. Kategori mempunyai perancangan - Anda mempunyai perancangan supaya cinta, kerja dan pelajaran dilakukan secara sistematik dan tersusun. Anda adalah calon kekasih si dia yang bestari. Namun begitu perancangan anda hendaklah teliti supaya si dia tidak beranggapan yang anda dingin terhadapnya.
  3. Kategori beremosi - Anda dikategori ini dilihat suka menjaga aspek secara serentak. Dan anda mudah terasa hati dan beremosi jika si dia tidak memberikan perhatian pada anda. Namun begitu, tindakan anda itu kadangkala membuat si dia merasa meluat dengan sikap anda.
  4. Kategori cinta tidaklah diutamakan - Pada pandangan anda, cinta adalah ditempat kedua. Anda lebih senang berurusan dengan kerja dan pelajaran anda. Anda dilihat sebagai seorang yang tegas dan berpendirian. Namun begitu, anda diingatkan agar memberi juga ruang dalam hidup anda kepada si dia agar si dia tidak meninggalkan anda kerana si dia merasakan anda tidak menghargainya.
Jawapan soalan 4 :
  • Arnab - Anda tertarik dengan seorang yang serius dan berpendirian tegas dalam perkara yang dilakukan mereka.
  • Kambing - Anda sukakan seseorang yang jujur dan dapat mengikut kehendak dan keinginan anda.
  • Rusa - Anda inginkan seseorang yang tampan dan bercirikan seorang yang penyayang.
  • Kuda - Anda tertarik dengan seorang yang bercirikan kebebasan dan tidak mengongkong anda dalam perhubungan.
Jawapan soalan 5 :
  • Rumah Kayu - Anda seorang yang penyabar. Anda boleh bersabar dengan banyak perkara termasuklah perkara yang menyebabkan orang lain hilang sabar. Anda mengharapkan kedamaian dan keharmonian dalam semua aspek kehidupan anda. 
  • Rumah Banglo - Anda seorang yang tidak mempunyai cita-cita atau impian. Walaupun anda bersikap prihatin terhadap sesuatu perkara di sekeliling anda, namun anda bersikap biasa ajer. Anda tiada masalah dalam menghadapi dugaan kerana bersikap tenang dan berpikir dengan terang.
  • Istana Melayu Lama - Anda seorang yang prihatin dan teliti. Anda dapat melaksanakan tugas dengan memuaskan. Walaupun anda tidak pakar, namun interaksi sosial anda dengan masyrakat dapat dibuat dengan sempurna.
  • Istana Barat Versi Eropah - Anda adalah seorang tegas dan berdedikasi. Anda mempunyai daya penglihatan yang tajam dan dapat mendalami isi hati orang lain. Dengan ini anda adalah seorang yang dapat menguasai sesuatu situasi dan dapat mengawal keadaan dengan sempurna. Namun begitu, sikap buruk anda adalah anda gemar bermegah diri.
Be Ready...To Know That...The Heart Wants What It Wants...;-P
So dah abis jawab test yang Amir berikan nie...? It's easy if the life is so perfect...tapi macam tajuk post kali ni...hanya hati sahaja tahu aper yang hati mahukan...;-)



Byeee...;P


10 comments:

  1. Emas
    No.2
    No.4
    Arnab
    Rumah kayu.
    Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. So Aries...aper kah yang boleh Aries simpulkan...?

      Delete
  2. merah
    No.2
    No.3
    Kuda
    Rumah Kayu..
    haha..ape yg aq dpt simpulkn.. aq sukakn kebebasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amir raser Izz memang orang yang tak boleh hidup dalam kongkongan kan....;-)

      Delete
  3. Hahahaha...tersenyum sorang-sorang bila tengok jawapan....-.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan senyum banyak-banyak Carl...nanti ramai jatuh hati...kikiki...

      Delete
  4. Biru - Betul

    No.3 - Kurang tepat, sebab bagi aku keseronokkan bukan keutamaan dalam sesebuah perhubungan. Plus, siapa tak takut jarum? 30 suntikan kot. Saia taa kuad awaa. :P

    No.4 - Betul, pelajaran itu penting ye habang2 sekalian

    Kuda - Betul

    Istana barat - Mostly betul tapi Nov C idok ler gemar bermegah diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi yang penting Nov dapat berbahagia bersama orang yg tersayang kan....;-P

      Delete
  5. Semua jwbanmmg tepat mengenai diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer ker En Hendry...? Well...Congrate...;-)

      Delete